Penerangan
7 November 2021 (Ahad), Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS Pulau Pinang bersama Polis Trafik Daerah Timur Laut, Pulau Pinang telah menjalankan operasi bersepadu hari ke 2 bagi penguatkuasaan ke atas bunyi bising kenderaan motosikal. Operasi diadakan di Jalan Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar Georgetown. Sebanyak 5 kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974