Penerangan
PEMANTAUAN PELEPASAN ASAP DARIPADA KENDERAAN DAN MOTOR KAKITANGAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
3 November 2021, Seremban- JAS Negeri Sembilan telah menjalankan operasi pemeriksaan pelepasan asap kenderaan bermotor bagi enjin petrol yang telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Asri bin Ramli terhadap kenderaan kakitangan JAS Negeri Sembilan.
Pemantauan pematuhan pelepasan asap daripada 20 kenderaan kereta dan 7 motosikal kakitangan JAS Negeri Sembilan adalah bertujuan memastikan pematuhan bukan terhad kepada kenderaan awam malah kakitangan JAS juga perlu mematuhi pelepasan asap kenderaan daripada enjin diesel, petrol dan bunyi bising yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
JAS ingin menyeru semua pemandu kenderaan dan motor agar sentiasa mematuhi undang-undang terutamanya pelepasan asap daripada kenderaan dan motor agar pencemaran udara tidak berlaku.