PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

WEBINAR PERATURAN TERHADAP KEHENDAK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL

DOE WP Putrajaya 09/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
WEBINAR PERATURAN TERHADAP KEHENDAK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
09/11/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya>Ibu Pejabat

Penerangan

Satu siri webinar anjuran bersama Malaysia Productivity Corporation (MPC), Chemical Productivity Nexus (CPN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertajuk Peraturan Terhadap Kehendak Perundangan Dalam Pengurusan Buangan Terjadual telah diadakan melalui platform Zoom dan Facebook (FB) Live JAS dan CPN pada 1 November 2021 bermula 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Ini merupakan siri webinar keenam anjuran bersama MPC, CPN dan JAS pada tahun ini, yang telah bermula sejak 28 Jun 2021. Sesi Webinar pada kalini adalah sempena penganjuran Bulan Amalan Baik Peraturan (GRP) oleh pihak MPC yang bertemakan ‘Lonjakan Produktiviti melalui Peraturan Berkualiti’. Ia telah bermula dari 25 Oktober dan akan berakhir pada 25 November 2021. Sesi webinar kali ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi. Penceramah adalah Cik Norazamimah Aiza Azman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, manakala moderator adalah Encik Mohd Shahrin Mudzarap @ Mansor, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya. Rata-rata peserta berpuas hati dengan tajuk yang dibentang dan dikupas serta menghargai penerangan dan komitmen pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan