Penerangan
3 November 2021, IPOH – Unit Kenderaan Bermotor JAS Perak telah menjalankan Ops gerak bersepadu bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada malam Deepavali di Plaza Tol Jelapang Arah Utara.
Sebanyak 2 kompaun dan 4 notis telah dikeluarkan kepada kenderaan yang tidak mematuhi di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Ops Gerak ini telah dianggotai seramai 8 orang penguatkuasa JAS dan selebihnya adalah anggota PDRM.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.