PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TAIPING JALANKAN OPERASI RONDAAN MENCEGAH PENCEMARAN DI PARIT BUNTAR

DOE Perak 09/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TAIPING JALANKAN OPERASI RONDAAN MENCEGAH PENCEMARAN DI PARIT BUNTAR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
09/11/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

19 Oktober 2021, IPOH – Operasi rondaan mencegah pencemaran telah dijalankan oleh penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping di sekitar kawasan Simpang Lima dan Kawasan Perindustrian Parit Buntar pada hari ini. Fokus rondaan adalah premis-premis yang berpotensi menyebabkan pencemaran efluen dan udara. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh premis-premis industri yang beroperasi dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan. Orang ramai digalakkan melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan