PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

SEMBANG SUNGAI @ SUNGAI MERU 'KELESTARIAN SUNGAI KITA'

DOE Perak 09/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMBANG SUNGAI @ SUNGAI MERU 'KELESTARIAN SUNGAI KITA'
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
09/11/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

2 November 2021, IPOH - JAS Perak dengan kerjasama Carsem (M) Sdn Bhd telah menganjurkan program Sembang Sungai @ Sungai Meru 'Kelestarian Sungai Kita' di Carsem (M) Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Meru, Jelapang. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin pada hari ini. Program sembang sungai ini turut dihadiri oleh ADUN Jelapang, YB Encik Cheah Pou Hian dan agensi kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara serta premis industri Mapa Gloves Sdn Bhd dan Indah Water Consortium Negeri Perak. Antara pengisian program adalah perasmian 'Waste Water Treatment Plant' dan 'Final Discharge Point', Demonstrasi Pengukuran In-situ Kualiti Efluen yang dilepaskan oleh Carsem (M) Sdn Bhd, mengutip sampah di Sungai Meru dan bacaan ikrar aku janji pemuliharaan sungai oleh pihak berkepentingan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan