Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN KE ATAS PERATURAN-PERATURAN (KAWALAN KANDUNGAN PETROL DAN DIESEL)(PINDAAN) 2021, AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974.
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 09/11/2021
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
Penerangan
PENGUATKUASAAN KE ATAS PERATURAN-PERATURAN (KAWALAN KANDUNGAN PETROL DAN DIESEL)(PINDAAN) 2021, AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974.
03 November 2021, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menjalankan penguatkuasaan ke atas stesen-stesen minyak di sekitar Bandar Baru Nilai bagi kawalan kandungan minyak petrol RON95 dan diesel berspesifikasi EURO5 sebagaimana diperuntukkan di bawah PPKAS (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel)(Pindaan) 2021.
Persampelan dijalankan bagi memastikan kandungan bahan api petrol dan diesel tersebut mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel) (Pindaan) 2021.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama