PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SUSULAN ADUAN BAU YANG DITERIMA, PENEMUAN KILANG PEMPROSESAN SISA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (EWASTE) HARAM DITEMUI

DOE Pahang 03/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SUSULAN ADUAN BAU YANG DITERIMA, PENEMUAN KILANG PEMPROSESAN SISA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (EWASTE) HARAM DITEMUI
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
03/11/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

SUSULAN ADUAN BAU YANG DITERIMA, PENEMUAN KILANG PEMPROSESAN SISA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (EWASTE) HARAM DITEMUI MUADZAM SHAH, 13 SEPTEMBER 2021 – Pegawai penguatkuasa JAS cawangan Rompin segera ke lokasi disyaki memproses sisa buangan elektronik secara haram. Hasil siasatan mendapati premis menjalankan kerja-kerja melebur sisa buangan elektrik dan elektronik (Ewaste) untuk mendapatkan logam berharga. Penahanan Kelengkapan Operasi di bawah Seksyen 38(1)(a) telah diambil untuk menghentikan pencemaran dan siasatan lanjut. Kertas siasatan akan di buka di bawah Seksyen 34B, Seksyen 34A, Seksyen 18 AKAS 1974, PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 AKAS 1974. Individu diingatkan supaya tidak sesekali melakukan kesalahan yang akan mencemarkan alam sekitar sekali gus akan menjejaskan kesihatan masyarakat setempat. #kementerianalamsekitardanair #jaspahang #jabatanalamsekitar #13sept2021

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan