Penerangan
Program dimulakan dengan kunjungan muhibbah beliau ke pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis dan disusuli dengan taklimat dan lawatan tapak ke salah satu cadangan pembangunan yang tertakluk di bawah Aktiviti Jadual Kedua Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Akiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Lokasi tapak projek adalah di Mukim Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis.
Lawatan ini juga turut disertai oleh Pengarah JAS Perlis, YBrs Ts. Mohamad Fitri Bin Said serta beberapa orang pegawai JAS Perlis, penggerak projek dan juga jururunding EIA. Isu-isu berkaitan perincian pelaksanaan projek, impak yang dikenalpasti serta langkah-langkah mitigasi turut dibangkit dan dibincangkan sepanjang lawatan tersebut.
Dalam program ini juga, YBrs TKPP turut berbesar hati untuk menyerahkan sebanyak enam (6) buah garis panduan EIA terkini kepada JAS Perlis sebagai rujukan pegawai-pegawai dalam melaksanakan penilaian Laporan EIA yang berkualiti.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanAlamSekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama