PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN KE ATAS PREMIS BAGI PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) DAN AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342)

DOE Perlis 03/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN KE ATAS PREMIS BAGI PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) DAN AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
03/11/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

28 Oktober 2021, KANGAR – Pasukan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis industri dan bukan industri bagi memastikan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di Kawasan Perindustrian Bukit Keteri dan Kangar bagi pematuhan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan. Hasil pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran undang-undang di bawah Akta 127 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pemeriksaan di bawah Akta 342 juga mendapati pihak premis mematuhi akta tersebut dengan memperolehi kebenaran untuk beroperasi daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI). Pematuhan semasa siasatan memdapati para pekerja memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal serta menyediakan kemudahan seperti pengimbas suhu thermal, buku daftar masuk dan QR Code MySejahtera. Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan