Penerangan
Kuala Terengganu, 30 Oktober 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan ini telah dilakukan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang melibatkan kawasan perindustrian, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.