Penerangan
Kuala Terengganu, 23 Oktober 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti alam Sekeliling 1974.
Rondaan ini telah dilakukan di daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Hasil rondaan dan pemantauan yang melibatkan premis industri, tapak pelupusan sampah, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan didapati tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan
Walau bagaimanapun pegawai penguatkuasa telah menemui satu longgokan pokok hasil daripada kerja-kerja pembersihan tanah. di Jalan Jerangau - Jabor. Banner Larangan pembakaran terbuka telah dipasang bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah akan larangan dan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan.