Penerangan
Kuala Terengganu, 22 Oktober 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti alam Sekeliling 1974.
Rondaan ini telah dilakukan di sekitar Kuala Terengganu, Gemuruh, Sg Tong, Chalok, Permaisuri, Saujana dan Kuala Nerus. Tiada pembakaran terbuka dikesan.
Rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka ini melibatkan kawasan pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL), tiada aktiviti pembakaran terbuka di temui.
Selain itu juga, pemantauan dan pemerhatian secara fizikal ke atas pelepasan asap daripada cerobong kilang kelapa sawit di Chalok Barat, daerah Setiu, juga dibuat. Tiada aktiviti pembakaran terbuka, tiada pelepasan asap hitan kelihatan dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Pasukan peronda turut menemui satu kawasan pembersihan tanah bagi projek perumahan di Kg Telaga Papan,Setiu, Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang bagi memberi amaran awal agar aktiviti ini tidak dilakukan.