Penerangan
Kuala Terengganu, 19 Oktober 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti alam Sekeliling 1974.
Operasi ini telah dilakukan di kawasan Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan, didapati tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan, Kilang kelapa Sawit Sungai Tong, juga tiada sebarang PT dilakukan dan tiada pelepasan asap hitam dari cerobong kelihatan dan premis-premis indusrti di Kawasan Perindustrian Gong Medang Besut juga didapati tiada pembakaran terbuka dikesan dan kebanyakan premis telah ditutup.
OPerasi hari ini melibatkan kawasan sekitar Jalan Kuala Terengganu – Sg Tong – Renek - Kg Raja melalui Jalan pantai ke Kuala Terengganu - Saujana - Penarik - Rhu 10 - Merang dan Batu Rakit. Tiada pembakaran terbuka dikesan semasa rondaan dilakukan.