PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN LAPORAN HOTSPOT  DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN LAPORAN HOTSPOT  DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/10/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 16 Oktober 2021.  Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan siasatan susulan ke atas laporan hotspot yang diterima dari Bahgian Udara Ibu pejabat JAS Putrajaya.  Hasil siasatan mendapati, lokasi tersebut berada di Kampung Bintang, Guntong, daerah Setiu. Siasatan juga menemui kesan pembakaran terbuka belukar dan pokok kecil oleh pekebun kecil bagi tujuan menanam kelapa sawit. Pembakaran didapati telah padam sepenuhnya. Banner telah dipasang dilokasi berkenaan sebagai amaran kepada pihak terbabit supaya aktiviti ini tidak diulangi. Pemasangan banner ini juga diharap dapat memberi peringatan kepada individu terlibat bahawa aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Selain itu operasi mencegah pembakaran terbuka juga dilakukan yang melibatkan kawasan di Gemuruh, Lingai, Belara, Sg Tong, Langkap, Chalok, Beris Tokku, Penarik, Jertih, Kg Raja, Tembila, Fikri, Lembah Bidong , Saujana dan  Guntung. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan di laluan rondaan ini. Walau bagaimanapun, banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di Kg Alur Serdang, di mana satu lokasi telah dikenalpasti berpotensi pembakaran terbuka dilakukan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan