Penerangan
Kuala Terengganu, 10 Oktober 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan siasatan susulan ke atas kes pembakaran terbuka yang dikesan pada 07 Oktober lalu. Hasil siasatan mendapati pihak terbabit telah menghentikan aktiviti pembakaran terbuka tersebut.
Walau bagaimanpun tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan telah dikenakan kepada pihak yang terbabit. Tindakan ini diambil sebagai peringatan dan amaran keras terhadap pelaku agar kejadian tersebut tidak diulangi.
Selain itu, rondaan dan pemantauan pencemaran diteruskan yang melibatkan kawasan Bukit Payung, Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai, Kuala Berang, Sg Tong, Jelapang, Bukit Putera dan Lembah Bidong. Tiada pembakaran terbuka dan keadaan abnormal dikesan sepanjang rondaan yang melibatkan kawasan penempatan kilang, perumahan dan taman-taman perumahan ini.