Penerangan
Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 27 Oktober 2021: Pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang ditetapkan (buangan terjadual) berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati pihak premis dan perunding mengemukakan maklumat yang perlu dilengkapkan pada lukisan "as-built" . Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan pada lukisan kejuruteraan dan rekod pemantauan prestasi mengikut kepada Garis Panduan yang ditetapkan.
Pemeriksaan ini telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.