Penerangan
Plentong & Tiram, 26 - 27 Oktober 2021: Penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan Loji Rawatan Kumbahan mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Kumbahan ) 2009. Penguatkuasaan SOP di bawah Akta 342 turut dijalankan di premis.
Hasil penguatkuasaan mendapati terdapat tindakan penambahbaikan yang perlu diambil dan Surat Arahan dikeluarkan serta-merta bagi premis mematuhi peraturan tersebut dan disusuli dengan Notis Arahan.
Penguatkuasaan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.