PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN PENGERANG

DOE Johor 17/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN PENGERANG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/10/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Kota Tinggi, 25 Oktober 2021 :JAS Cawangan Pengerang telah menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran daripada aktiviti perindustrian bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Selain itu, pemantauan SOP di bawah Akta 342 turut dijalankan. Hasil penguatkuasaan dan pemantauan mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap pengurusan buangan terjadual dan alat kawalan pencemaran udara. Kompauan berjumlah RM 2,000.00 telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Tindakan susulan juga akan dikenakan selaras dengan perundangan yang ditetapkan. Jabatan ingin menyeru semua premis industri yang beroperasi untuk tidak menyebabkan berlakunya pencemaran. Penguatkuasaan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan