Penerangan
Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 25 Oktober 2021: Pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang ditetapkan (buangan terjadual) berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati pihak premis dan perunding perlu mengemukakan dokumen perisytiharan yang baru merujuk kepada "field citation" yang telah dikeluarkan agar langkah tindakan pembetulan dilaksanakan.
Pemeriksaan ini telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.