PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN MUAR

DOE Johor 31/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN MUAR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/10/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Mukim Pogoh,Daerah Segamat, 25 Oktober 2021: Penguatkuasaan dijalankan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya serta untuk mencegah daripada berlakunya pencemaran daripada aktiviti perindustrian. Sebanyak 3 Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) telah diperiksa dan 2 daripadanya didapati tidak patuh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil terhadap sebuah premis yang telah memasang sistem pengolahan efluen perindustrian tanpa Kebenaran Bertulis di bawah Seksyen 19, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain itu, sejumlah 5 kompaun bernilai RM10,000 telah dikeluarkan kepada premis-premis terbabit bagi pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Penguatkuasaan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan