PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/10/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 09 Oktober 2021.  Pegawai penguatkuasa JAS Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan dalam usaha mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Rondaan dan pemantauan hari ini telah melibatkan daerah Kuala Terengganu iaitu di kawasan Chendering, Kuala Ibai, Kampung Laut, Wakaf Mempelam, Ladang, Jalan Pusara, Batu Burok, Jalan Tok Adis dan sekitar bandar Kuala Terengganu manakala di daerah Marang, kawasan terlibat dengan rondaan dan operasi ini adalah Rusila  Rhu Rendang, Bukit Kor, Tertak Batu, Bukit Payong dan Mak Kemas Kawasan rondaan dan pemantauan ini terdiri dari kawasan industri, penempatan dan pembinaan serta kawasan pertanian. Tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan