PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN DAN  OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN DAN  OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/10/2021
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 07 Oktober 2021.  Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan siasatan segera ke atas aduan pencemaran udara berpunca daripada  perusahaan kedai perabut.  Hasil siasatan mendapati aduan ini berasas dan punca pencemaran dikenal pasti daripada aktiviti semburan cat yang dilakukan di kawasan terbuka. Premis telah diarahkan membina tempat yang sesuai dan tertutup bagi mencegah aduan ini berulang. Siasatan hotspot di Marang mendapati terdapat pembakaran terbuka longgokan pokok kayu bagi tujuan pembersihan kawasan untuk dijadikan tempat simpanan oleh syarikat pembuatan konkrit. Siasatan lengkap akan dijalankan bagi mengenal pasti pemilik dan status tanah berkenaan sebelum sebarang tindakan lanjut  diambil. Operasi mencegah  pembakaran terbuka juga telah dilakukan yang melibatkan kawasan Pulau Musang, Pengadang Baru, Padang Midin, Durian Burung, Bukit Payung, Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai, Bukit Sawa dan Kg Telaga Mengkudu. Tiada pembakaran terbuka di kesan sepanjang rondaan ini.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan