Penerangan
Kuala Terengganu, 06 Oktober 2021. Hari ini pegawai penguatkuasa telah menjalankan siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka di Kampung Jabi, Jertih, daerah Besut, Terengganu. Lokasi aduan tidak dapat dikenalpasti, berikutan pihak pengadu tidak memberi kerjasama apabila dihubungi bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) diteruskan. Hasil rondaan ini yang melibatkan daerah Kuala Nerus dan kawasan Lembah Bidong , Saujana, Guntung di daerah Setiu serta Kawasan Jabi, daerah Besut, mendapati terdapat beberapa kawasan dikesan berlakunya pembakaran terbuka.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang dilokasi berkenaan sebagai amaran kepada pelaku yang berpotensi meneruskan aktiviti tersebut.
Pemasangan banner ini juga diharap dapat memberi peringatan kepada individu terlibat bahawa aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.