Penerangan
Kemaman, 23 Oktober 2021. Pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan penempatan industri, perkampungan dan taman-taman perumahan di Gong Pauh, Kg.Besut, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, Chukai. Tiada pembakaran terbuka dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.