PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS MELAKSANAKAN TUGAS MENCEGAH DAN MEMANTAU PENCEMARAN  PADA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS MELAKSANAKAN TUGAS MENCEGAH DAN MEMANTAU PENCEMARAN  PADA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/10/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kemaman, 22 Oktober 2021. Pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Operasi dan pemantauan pencemaran ini telah dilakukan di Gong Pauh ,Geliga, Chukai, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kemasik, Kerteh, Kijal, Bukit Anak Dara, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Mak Chili dan Binjai. Operasi ini melibatkan kawasan penempatan industri, perkampungan dan taman-taman perumahan. Hasil operasi ini mendapati  tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal dijumpai. Walau bagaimanapun pasukan peronda menjumpai satu kawasan yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai amaran keras supaya sesiapa sahaja yang terlibat akan peka berhubung kesalahan dan tindakan undang-undang yang boleh diambil di bawah bidangkuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan