PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS MELAKSANAKAN TUGAS MENCEGAH DAN MEMANTAU PENCEMARAN  PADA CUTI UMUM-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS MELAKSANAKAN TUGAS MENCEGAH DAN MEMANTAU PENCEMARAN  PADA CUTI UMUM-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/10/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kemaman, 19 Oktober 2021. Hari ini cuti umum, bersempena Sambutan Hari Maulidur Rasul , pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Operasi dan pemantauan pencemaran ini  telah dilakukan di Kg Gong limau, Jabur Kubur, Kg Besut, Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Teluk Kalong,  Bandar Chukai, Binjai, Pasir Semut, Mak Chili dan  Desa Solehah. Hasil operasi yang melibatkan kawasan penempatan industri, perkampungan dan taman-taman perumahan ini, mendapati tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal dijumpai. Walau bagaimanapun pasukan peronda menjumpai longgokan sisa belukar di Kg. Jabur Kubur. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai amaran keras supaya sesiapa sahaja yang terlibat akan peka berhubung kesalahan dan tindakan undang-unadang yang boleh diambil di bawah bidangkuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan