Penerangan
Kemaman, 09 Oktober 2021. Hari ini cuti hujung minggu di negeri Terengganu, pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi dan pemantauan ini telah dilakukan di Kg Besut, Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Teluk Kalong, Bandar Chukai, Jakar 1, Jakar 3, Mak Lagam, Binjai, Pasir Semut, Paman, Ibok, Mak Chili, Desa Solehah, Jabur Kubur dan Gong Limau.
Hasil operasi dan pemantauan yang melibatkan kawasan penempatan industri, perkampungan dan taman-taman perumahan ini, mendapati tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal dijumpai.
Walau bagaimanapun pasukan peronda menjumpai longgokan sisa belukar di Kg Paman dan longgokan sisa belukar yang telah dibakar. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai amaran keras supaya sesiapa sahaja yang terlibat peka akan kesalahan dan tindakan undang-unadang yang bakal dikenakan.