Penerangan
Kemaman, 02 Oktober 2021. Hari ini cuti hujung minggu di negeri Terengganu, pegawai penguatkuasa terus menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi dan pemantauan ini telah dilakukan di kawasan Bandar Kemaman, Bukit Kuang, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, Pantai Kerteh, Pantai Teluk Kalong dan Chukai.
Hasil operasi dan pemantauan yang melibatkan kawasan penempatan industri, perkampungan dan taman-taman perumahan mendapati tiada pembakaran terbuka di temui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman, Negeri Terengganu sentiasa memohon kerjasama semua pihak di Negeri ini agar sama-sama menjaga kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan semua.