PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU MENJALANKAN OPERASI STATIK DENGAN KERJASAMA JPJ TERENGGANU DI DAERAH DUNGUN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU MENJALANKAN OPERASI STATIK DENGAN KERJASAMA JPJ TERENGGANU DI DAERAH DUNGUN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/10/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

26 Oktober 2021- Kuala Terengganu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu telah menjalankan penguatkuasaan ke atas kenderaan berenjin petrol bagi ujian pelepasan gas karbon monoksida (CO) dan Hidrokarbon ( HC) . Operasi dijalankan di Stesen Penguatkuasaan JPJ Bukit Besi, Dungun, Terengganu dengan kekuatan anggota  Jabatan  Alam  Sekitar  Negeri  Terengganu  seramai  4 orang  dan  JPJ seramai 2 orang. Selain itu juga penguatkuasaan ke atas kenderaan motosikal bagi ujian pelepasan gas CO juga turut dilaksanakan. Hasil operasi ini, 10 buah kenderaan berenjin petrol telah dilakukan pemerhatian secara visual dan pengujian meter, tiada kompaun dan Notis Arahan di bawah Seksyen 48A dikeluarkan manakala 6 buah kenderaan motosikal telah dijalankan pengujian meter bagi pelepasan gas CO, tiada kompaun dan Notis Arahan di bawah Seksyen 48A dikeluarkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan