Penerangan
Unit Teknologi Maklumat EiMAS telah menganjurkan Kursus Pemantapan Teknologi Siri 1/2021 Penghasilan Montaj Video Menggunakan Animasi Grafik kepada Warga EiMAS seperti berikut:
Tarikh : 20 hingga 22 Oktober 2021
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilik EduCentre dan dalam talian (Zoom) ,Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)
Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga EiMAS dalam bidang penyuntingan video bagi pembangunan montaj, video korporat serta video pembelajaran. Para peserta akan didedahkan dengan teknik-teknik dan tips bagi menghasilkan persembahan video yang menarik dan berkesan dalam menyampaikan maklumat. Kursus ini bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek teknikal dalam penghasilan efek, tetapi turut juga mendedahkan teknik-teknik dalam penyediaan storyboard dan skrip yang mantap. Di samping itu para peserta juga dapat mempelajari teknik suntingan bagi suara latar dan kesan bunyi khas bagi menghidupkan lagi sesebuah persembahan video.