PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PROGRAM AUDIT KUALITI DALAMAN (AKD) TAHUN 2021 DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 31/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM AUDIT KUALITI DALAMAN (AKD) TAHUN 2021 DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/10/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

Dalam usaha memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti selaras dengan keperluan meneruskan pensijilan MS ISO 9001:2015 di Jabatan Alam Sekitar, program Audit Kualiti Dalaman (AKD) Tahun 2021 di JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijalankan pada 18 dan 20 hingga 21 Oktober 2021. Pasukan Audit Kualiti Dalaman adalah diketuai oleh Encik Mohd Amin Bin Ghazali dari JAS Negeri Johor selaku Ketua Auditor dan dibantu oleh barisan auditor-auditor yang dilantik, Encik Zamzul Rizal Bin Zulkifli ,Encik Mohd Nor Irwan Bin Othman dan Puan Asmahani Binti Ab Manan. Mesyuarat Pembukaan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dihadiri oleh pasukan Audit Kualiti Dalaman yang dilantik oleh Jabatan dan pegawai-pegawai JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat Penutup pula telah dipengerusikan oleh YBerusaha Ts. Azlan Bin Hj. Ahmad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sentiasa komited dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti ke arah memenuhi kehendak semua pemegang taruh melalui pencapaian objektif kualiti selaras dengan keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan