PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI SEPADU JPJ WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BIL. 2/2021

DOE WP Kuala Lumpur 31/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI SEPADU JPJ WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BIL. 2/2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/10/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

22 Oktober 2021, KUALA LUMPUR (Jumaat)- Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menyertai Operasi Sepadu yang diterajui oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) bersama-sama dengan agensi-agensi lain yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT) PDRM, Jabatan Imigresen (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), PUSPAKOM dan SPRM. Ops Sepadu ini memfokuskan kepada pemantauan peraturan dan undang-undang terhadap pengguna pelbagai jenis kenderaan, kenderaan perdagangan dan motorsikal selain kesalahan-kesalahan berkaitan dadah, pendatang tanpa izin dan kesalahan-kesalahan di bawah bidangkuasa SPRM. Selain dari itu, Ops Sepadu ini juga memfokus kepada Pematuhan Standard Operating Prosedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan COVID-19. Di dalam Ops Sepadu ini, JASWPKL telah menjalankan penguatkuasaan berkaitan Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel dan Kawalan Pelepasan Berkaitan dari Enjin Petrol di mana JASWPKL telah membuat pemeriksaan kenderaan sebanyak 85 buah dan telah mengeluarkan 3 Notis Arahan uji semula serta dua kesalahan kompaun berkaitan pelepasan asap hitam yang melebihi dari standard yang dibenarkan bernilai RM4000.00.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan