Penerangan
LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA DARI AKTIVITI PEMBERSIHAN KAWASAN
10 Oktober 2021, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) KL menghala Kuantan- Pasukan peronda JAS Pahang Caw. Temerloh menjalankan siasatan pembakaran terbuka di lot tanah bersebelahan KM.104, LPT dari KL menghala ke Kuantan yang disyaki melakukan pembakaran terbuka sisa-sisa kayu dari pembersihan kawasan pada waktu malam.
Pemilik tanah tersebut sedang dikenalpasti melalui jabatan berkaitan untuk diambil tindakan selanjutnya. Pasukan peronda juga telah menggantung banner larangan pembakaran terbuka di lokasi sebagai amaran untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian di lokasi ini boleh menghubungi JAS Pahang Caw. Temerloh.
Aktiviti pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00 atau dikenakan denda sebanyak RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#10sept2021