PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI CAMERON HIGHLANDS

DOE Pahang 17/06/2022 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI CAMERON HIGHLANDS
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/10/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI CAMERON HIGHLANDS TANAH RATA, 03 Oktober 2021- Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di dalam Daerah Cameron Highlands. Hasil rondaan telah mengesan pembakaran terbuka sedang berlaku di Kampung Raja, Mukim Hulu Telum. Oleh itu, pemilik kebun telah dikenakan kompaun di atas kesalahan yang telah dilakukan. Jabatan Alam Sekitar sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitar #jaspahang #alamsekitartanggungjawabbersama #03okt2021

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan