Penerangan
RONDAAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN YANG BERPOTENSI
3 Oktober 2021,Temerloh - Pasukan Rondaan JAS Pahang Caw. Temerloh terus melaksanakan rondaan di kawasan yang berpotensi berlakunya pembakaran terbuka dengan menggantung poster larangan melakukan pembakaran terbuka bagi memberi amaran kepada pelaku untuk tidak sesekali melakukan pembakaran terbuka. melakukan aktiviti pembakaran terbuka.
Aktiviti pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikompaun sebanyak RM 2,000.00 atau dikenakan denda maksimum sebanyak RM 500,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#03okt2021