Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI CAMERON HIGHLANDS
TANAH RATA, 02 Oktober 2021- Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di dalam Daerah Cameron Highlands. Hasil rondaan telah mengesan pembakaran terbuka sedang berlaku di Jalan Batu 49, Kuala Terla. Oleh itu, pemilik premis telah dikenakan kompaun di atas kesalahan yang telah dilakukan.
Jabatan Alam Sekitar sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#02okt2021