Penerangan
OPERASI PEMERIKSAAN BERSEPADU KENDERAAN BERMOTOR (OPS STATIK) SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA.
29 SEPTEMBER 2021, MARAN - JAS Negeri Pahang dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Pahang dan Cawangan Trafik Daerah Maran telah menjalankan Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermotor (Ops Statik) di Jalan Persekutuan hari ini.
Dengan kekuatan seramai enam (6) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang, sebanyak 200 buah kenderaan dengan 40 buah kenderaan daripadanya telah ditahan dan diuji meter bagi memantau pelepasan asap daripada kenderaan berenjin diesel.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan mematuhi undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#29sept2021