Penerangan
TAPAK PELUPUSAN TERBAKAR, SIASATAN DAN PEMANTAUAN SEGERA DILAKUKAN
KERATONG, 24 SEPTEMBER 2021 - Susulan aduan awam pembakaran terbuka tapak pelupusan sampah yang diterima, Pasukan JAS Cawangan Rompin segera menjalankan siasatan berhubung perkara ini.
Siasatan aduan telah dijalankan bersama dengan pengadu ke lokasi aduan. Hasil siasatan mendapati aduan berasas, pemilik tanah telah dikenalpasti dan tindakan perundangan akan diambil jika disabitkan kesalahan.
Bagi memastikan kualiti udara diperkampungan berdekatan dipantau, JAS telah menjalankan pemantauan udara disekitar kawasan tersebut.
Orang awam diingatkan agar tidak sesekali melakukan pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka adalah salah dari segi undang - undang dibawah Seksyen 29(A) AKAS1974 boleh dikenakan denda sebanyak RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan di atas kesalahan tersebut.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#24Sept2021