PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Sesi Penyerahan, Pengujian Dan Latihan Penerbangan Dron Di Bawah Program Pemantauan Dan Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Negeri Sarawak

DOE Sarawak 31/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Sesi Penyerahan, Pengujian Dan Latihan Penerbangan Dron Di Bawah Program Pemantauan Dan Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Negeri Sarawak
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/10/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Kuching

Penerangan

21 Oktober 2021, Kuching - Di bawah Program Pemantauan dan Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Negeri Sarawak tahun 2021, perolehan seunit dron telah dilaksanakan bertujuan bagi memperkukuhkan aktiviti pemantauan dan pemetaan kawasan-kawasan berpotensi terbakar di Negeri Sarawak.

Susulan itu, satu sesi pengujian dan latihan penerbangan dron telah dijalankan membabitkan pegawai-pegawai di Unit Aduan & OMPT (Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka) JAS Negeri Sarawak pada 21 Oktober 2021 yang dikendalikan oleh pihak pembekal.

Di akhir sesi pengujian dan latihan, telah disempurnakan sesi penyerahan dron berkenaan dari pihak pembekal kepada JAS Negeri Sarawak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan