Penerangan
18 Oktober 2021, SAMALAJU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu dengan kerjasama Samalaju Industrial Port telah mengadakan satu sesi secara atas talian iaitu taklimat ‘Oil Spill Response” dan pengendalian peralatan tumpahan minyak di Bahagian Bintulu, Sarawak. Objektif program adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dan komunikasi antara pihak pelabuhan dan agensi kerajaan sekiranya berlaku kejadian tumpahan minyak.
Pengisian program melibatkan sesi penerangan ‘Emergecy Response Plan’ di Samalaju Industrial Port dan taklimat pengendalian peralatan tumpahan minyak bagi meningkatkan kesiapsiagaan pihak-pihak yang terlibat. Selain itu, diadakan juga sesi taklimat Pelan Kontigensi Kawalan Tumpahan Minyak dan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) terbitan JAS Negeri Sarawak (Pelan 2008) yang telah disampaikan oleh Encik Abdul Mazli Hafiz Bin Abdul Malik dari JAS Cawangan Bintulu. Seramai 25 orang kakitangan Samalaju Industrial Port dan JAS Cawangan Bintulu telah terlibat menghadiri program secara atas talian tersebut.
Program berjalan dengan lancar dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN.