PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kerjasama Bersepadu Agensi Dalam Menangani Masalah Pencemaran Sungai Kemena Di Bahagian Bintulu, Sarawak

DOE Sarawak 31/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kerjasama Bersepadu Agensi Dalam Menangani Masalah Pencemaran Sungai Kemena Di Bahagian Bintulu, Sarawak
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/10/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Bintulu

Penerangan

24 September 2021, Bintulu – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu bersama-sama dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Bahagian Bintulu (LSS) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Bahagian Bintulu (NREB) telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan dalam usaha menangani masalah pencemaran sungai Kemena di Bintulu, Sarawak. Kerjasama bersepadu di antara agensi ini adalah untuk menyelaraskan tindakan susulan terhadap punca-punca pencemaran sungai di bawah bidang kuasa agensi dan pelaksanaan program kesedaran alam sekitar kepada kumpulan sasar yang tinggal di sepanjang Sungai Kemena. Kesedaran orang awam adalah penting dalam bersama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar daripada tercemar. Penggunaan teknologi dron juga telah membantu dalam menjalankan pengawasan dari udara dan meninjau tahap pencemaran serta mengenalpasti lokasi sisa sampah di sepanjang Sungai Kemena berkenaan. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan