Penerangan
Kuala Terengganu, 14 Oktober 2021. Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar, Pembangunan , YBrs Dr Norhazni bin Mat Sari telah melakukan lawatan kerja dan mesyuarat di Negeri Terengganu.
Lawatan kerja ini yang bermula semalam telah melawat tapak Cadangan Projek Membina Dan Menaiktaraf Bangunan Baru Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu di atas tapak lama Jabatan Kimia Negeri Terengganu di Kuala Terengganu dan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Projek Bil 1/2021 di pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu.
Lawatan ini telah turut disertai oleh Pengarah Pentadbiran dan Kewangan JAS Ibu Pejabat, Puan Ani_Fazliana binti Dato’Dahri@Abdul Latif, dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Kerja Raya Ibu Pejabat, JAS Negeri Terengganu dan JKR Negeri Terengganu.