Penerangan
25 Oktober 2021- Kuala Terengganu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pembudayaan Integriti dan Etika JAS dalam penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974”
Program ini telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Seberang Takir.
Program ini pertama kali diadakan setelah Negeri Terengganu berada dalam Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara. Seramai 35 orang peserta telah hadir dalam program ini. Ianya terdiri daripada jemaah masjid, komuniti setempat dan pelajar UMT.
Dalam program ini, JAS Terengganu mengambil peluang dalam menguar-uarkan kempen kesedaran dalam pengurusan buangan E-waste mengikut kaedah yang betul dan selamat dan larangan pembakaran terbuka kepada peserta.
Program ini juga merupakan tanda sokongan JAS Terengganu terhadap usaha-usaha pihak UMT dalam perkongsian ilmu dan sebaran maklumat kesedaran kepada orang awam.