Penerangan
Kuala Terengganu, 13 Oktober 2021. Hari ini mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laporan EIA bagi Cadangan Projek Memproses Mineral di daerah Kemaman , Terengganu, telah diadakan secara maya.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad , Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama Penolong Pengarah Kanan , Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab. Rahim, Ketua Unit EIA,dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan , Puan Yusnalis binti Yusoff .
Jabatan dan Agensi yang berkaitan turut hadir secara maya bagi memberi input mengikut bidang kuasa masing-masing dalam memastikan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Jadual Pertama ini disediakan mengikut Seksyen 34A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.