Penerangan
Kuala Terengganu, 11 Oktober 2021. Hari ini, YBrs. Encik Zakarian bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah, merangkap Ketua Bahagian Operasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, telah mempengerusikan mesyuarat ini yang telah diadakan secara maya.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pengurusan aset kerajaan dan aset kerajaan fasiliti, mengikut arahan dan pekeliling yang ditetapkan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Norli bin Abdullah, merangkap Ketua Bahagian Pembangunan, Puan Maznah binti Puteh, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Puan Zuraini binti Mohd Sinin, Timbalan Ketua Cawangan Kemaman.
Selain itu juga pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pemeriksaan dan penverikasian aset daripada Bahagian Operasi, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pentadbiran yang menjadi ahli jawatankuasa tetap mesyuarat ini juga turut hadir.