Penerangan
22 Oktober 2021 (Jumaat), JAS Pulau Pinang bersama Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS), Universiti Sains Malaysia telah melakukan lawatan jejak ekologi ke kawasan Seagrass di Pulau Gazumbo dan sepanjang kawasan pesisir pantai Gelugor hingga Jelutong. Lawatan ini dihadiri oleh pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab bersama pegawai-pegawai JAS Pulau Pinang dan kakitangan CEMACS yang terdiri daripada Prof. Dato’ Dr. Aileen Tan dan Prof. Zulfigar Yasin