Penerangan
18 Oktober, Kota Bharu, Kelantan - Satu Program Audit Dalaman MS ISO 9001 :2015 telah dilakukan di Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan . Pasukan audit Kualit Dalaman yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Mohd Norli Bin Abdullah dari JAS Terengganu bersama pegawai - pegawai auditor lain yang dilantik bermula 18 Oktober 2021 dan berakhir pada 20 Oktober 2021. Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan dihadiri oleh pasukan Audit Kualiti Dalaman bersama - sama Pegawai - pegawai JAS Kelantan. JAS Kelantan sentiasa komited dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti ke arah memenuhi semua kehendak selaras dengan keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#alamsekitartanggungjawabbersama