Penerangan
Tarikh :- 23/10/2021
Masa :- 11.00 pagi
Lokasi :- Pasaraya GM , Klang
Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengedarkan beg kitar semula dalam kempen "Plastic Buster" dengan menjalankan Promosi Hindari Plastik Sekali Guna kepada orang ramai yang mengunjungi Pasaraya GM Klang.
Promosi yang dijalankan berjaya menarik perhatian orang ramai dan Jabatan amat berharap kempen ini memberi kesedaran betapa pentingnya membawa beg sendiri untuk membeli barangan di pasar dan pasaraya dan sekaligus mengelakkan penggunaan plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar.