Penerangan
TARIKH : 24/10/2021 (Ahad)
MASA : 1.00PM - 7.00PM
LOKASI :-LAPORAN :- Johan Setia Klang
- Pasukan peronda menjalankan rondaan di sekitar kawasan Johan Setia melibatkan laluan:
1. Jalan Kebun Nenas
2. Jalan Tengah 2
3. Jalan Halia Muda
4. Jalan Johan Setia
5. Jalan Klang-Banting
6. Jalan Sijangkang Utama
7. Jalan Sempadan
8. Jalan 4
9. Jalan 6
10. Jalan 8
11. Jalan Tengah 3
12. Jalan 9
- Terdapat pembakaran terbuka di jalan Sijangkang Utama, pasukan rondaan mendapati kepulan asap hitam daripada pembakaran terbuka tayar terpakai dilakukan diatas rezab jalan yang dijadikan tempat pembuangan sampah. Pasukan rondaan telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pegawai Bomba Sri Andalas untuk tindakan pemadaman bagi mengelakkan api merebak ke kawasan pertanian.
Rondaan di sekitar kawasan mudah terbakar, tanah gambut seperti di Johan Setia. Rondaan mencegah pembakaran terbuka ini akan dijalankan setiap hari. Tindakan Kompaun RM2000 maksimum atau pertuduhan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya.